Zayn Rayyan dibunuh: Polis terus cari bukti di Apartment Idaman

Zayn Rayyan dibunuh: Polis terus cari bukti di Apartment Idaman

Zayn Rayyan
ZAYN RAYYAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Operasi mencari bukti baharu berkaitan kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, giat dilakukan polis meskipun telah memasuki hari ke-10 hari ini.

Utusan Malaysia difahamkan, seorang pegawai polis dilihat berbual dengan penduduk sebelum masuk ke Blok R apartment terbabit dipercayai bagi meneruskan siasatan dan mencari bukti baharu.

Dalam pada masa sama, polis dari Bukit Aman juga tiba sekitar pukul 12.15 tengah hari ini dan menjalankan siasatan di sekitar penemuan adik Zayn.

Semalam, dua saksi kanak-kanak melakukan lakonan semula di kawasan blok R berkenaan.

Lakonan semula itu dijalankan berdasarkan dua saksi kanak-kanak yang juga rakan kepada mangsa masing-masing berusia enam dan sembilan tahun.

Lakonan semula itu dilaksanakan bagi mengesan sekiranya ada bukti-bukti baharu yang bermula dari anak tangga Blok R hingga menuju ke anak sungai lokasi mangsa ditemukan

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil 86 keterangan dan akan ada lagi keterangan yang diambil sekiranya perlu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN