Utusan Malaysia rangkul Anugerah Rencana Media Cetak Terbaik

Kisah perjuangan pesakit bariatik nobatkan Utusan Malaysia anugerah MTMA

ROSALINDA Md. Said (kanan) menerima anugerah utama Rencana Terbaik Cetak daripada Dr. Mohamed Ali Abu Bakar (kiri) pada majlis Anugerah Media Pelancongan Perubatan (MTMA) di Hotel Parkroyal Collection, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kisah perjuangan bekas pesakit bariatrik, Mohd. Haslie Alfie Ahmad Sobri yang menghidap lapan penyakit kronik berjaya melayakkan Utusan Malaysia diangkat sebagai pemenang Anugerah Media Pelancongan Perubatan (MTMA) 2023, kelmarin.

Wartawan, Rosalinda Md. Said merangkul Anugerah Rencana Media Cetak Terbaik menerusi laporan bertajuk ‘Setiap hari saya berdoa untuk mati’ sekali gus membawa pulang wang tunai bernilai RM8,000 dan trofi.

Anugerah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MTHC), Dr. Mohamed Ali Abu Bakar.

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Anugerah Rencana Dalam Talian Terbaik pula dimenangi Syahirah Mokhtazar dari Sinar Daily (Malaysia) manakala Amir Yusof dari Channel News Asia, Singapore (antarabangsa).

Bagi Rencana Penyiaran Terbaik kemenangan berpihak kepada Maiza Musa Albakri dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Md. Ashraful Alam, DBC News, Bangladesh (antarabangsa).

Selain itu, Peter Yong Sim Onn ‘Mr Money’ dinobatkan sebagai pemenang kategori pempengaruh terbaik Malaysia diikuti antarabangsa, Gary Alexander Crestejo and Hilda Sin Lok Man (Hong Kong).

Kesemua pemenang turut membawa pulang RM8,000 dan trofi.

Dalam majlis itu, Revathi Murugappan dari The Star dan Deri Dahuri (Indonesia) menerima Anugerah Wartawan Pelancongan Perubatan Terbaik diikuti Pasukan Editorial Terbaik (RTM dan Liputan6, Indonesia).

MTMA 2023 yang merupakan edisi ke-4 menerima lebih 420 penyertaan dari seluruh dunia.

Anugerah berprestij anjuran MHTC itu bertujuan mengiktiraf kecemerlangan dalam kewartawanan media tempatan dan antarabangsa serta pempengaruh yang berkongsi cerita bagi mempromosikan pelancongan perubatan di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN