Usahawan mikro jana RM13.3 juta hasil jualan

Usahawan mikro jana RM13.3 juta hasil jualan

EWON Benedick menyampaikan anugerah kepada usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia pada Majlis Graduasi Program Bimbingan Insken 2023 yang diadakan di Bangi pada Sabtu lepas. - IHSAN INSKEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institut Keusahawanan Negara Berhad (Insken) berjaya membuktikan keberhasilan program bimbingan anjurannya melalui pencapaian amat memberangsangkan di sepanjang tahun ini iaitu peningkatan RM13.3 Juta hasil jualan, penciptaan 392 pekerjaan baharu dan 33 usahawan bertukar status perniagaan daripada mikro kepada kecil.

Prestasi cemerlang itu berjaya dicapai melalui pelaksanaan dua program bimbingan iaitu Insken Bumiputera Business Coaching (IBBC) dan Program Bimbingan Keuntungan Menu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, Insken sentiasa konsisten dan bergiat aktif dalam melaksanakan mandat serta amanah yang diberikan khususnya untuk membantu usahawan.

Menurutnya, Insken juga sudah merealisasikan 30 program bimbingan yang memberi manfaat kepada 809 usahawan di seluruh Malaysia pada tahun ini.

“Pencapaian hari ini (semalam) adalah sebuah penanda aras yang membuktikan bahawa usahawan memerlukan bantuan dari pelbagai sudut termasuklah bimbingan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, pencapaian keseluruhan tersebut turut dijana oleh 484 usahawan mikro yang baru sahaja tamat mengikuti 18 program bimbingan Insken dan diraikan di sebuah Majlis Graduasi Program Bimbingan Insken.

Ia merangkumi RM8.6 Juta peningkatan hasil jualan bagi Program IBBC dan Program Bimbingan Keuntungan Menu, 156 pekerjaan baharu (Program IBBC) dan 13 usahawan bertukar status perniagaan daripada mikro kepada kecil (Program IBBC dan Program Bimbingan Keuntungan Menu).

Selain itu, kejayaan itu juga meliputi seramai 41 usahawan menambah medium penghantaran makanan baharu (Program Bimbingan Keuntungan Menu) dan 188 peratus peningkatan skor diagnostik dan 100 peratus mendaftar perniagaan secara sah (Program Insken Start-Up Coaching).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Muhd. Firdaus Azharuddin berkata, pecahan peningkatan RM8.6 Juta hasil jualan yang tercipta itu meliputi RM8.4 Juta daripada 307 peserta Program IBBC dan lebih RM204 Ribu daripada 59 peserta Program Program Bimbingan Keuntungan Menu.

Tambahnya, lebih separuh daripada peserta program bimbingan itu juga sudah melangkaui sasaran awal yang ditetapkan iaitu peningkatan hasil jualan minima 20 peratus.

“Lebih membanggakan lagi, 13 usahawan telah bertukar status perniagaan mereka daripada mikro kepada kecil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya