KOTA KINABALU : Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-25 menyaksikan Program Komunikasi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) melahirkan dua graduan sulung kelas pertama. Ng Wei Liang, 23, menjadi salah seorang graduan pertama daripada Program Komunikasi yang mendapat Anugerah Kelas Pertama dengan himpunan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.79. “Saya berasa sangat gembira dan puas hati dengan pencapaian serta anugerah ini,” ujar beliau yang juga merupakan penerima Anugerah Zainal Abidin Bador pada Majlis…










