TEKUN Nasional berjaya salurkan inisiatif RM995 juta

TEKUN Nasional berjaya salurkan inisiatif RM995 juta

R RAMANAN (empat dari kiri) bersama Abdullah Sani Abdul Hamid (empat dari kanan) dan Adam Abd. Ghani (tiga dari kiri) bergambar selepas mengadakan kunjungan hormat di Ibu Pejabat TEKUN Nasional, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: TEKUN Nasional menyalurkan pembiayaan berjumlah RM995 juta kepada 45,600 usahawan bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi golongan itu.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan berkata, susulan itu TEKUN Nasional dilihat mampu untuk menyalurkan lagi lebih banyak bantuan perniagaan dan inisiatif kepada usahawan negara ini.

Katanya, yayasan yang telah ditubuhkan sejak tahun 1998 itu patut diketengahkan lagi kepada orang ramai mengenai keberhasilan kejayaan yang dicapai oleh usahawan melalui bantuan dan inisiatif yang disediakan.

“Berdasarkan taklimat ringkas dan padat daripada TEKUN Nasional yang saya dengar pada hari ini, didapati terdapat usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) mampu menjadi usahawan daripada hasil niaga mereka.

“Antaranya lelaki OKU kaum Melayu yang mempunyai bengkel kereta, dan lagi satu, lelaki kaum India boleh menjadi jutawan disebabkan adanya pinjaman dan pertolongan yang disalurkan oleh TEKUN,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat di Ibu Pejabat TEKUN Nasional, di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TEKUN Nasional, Datuk Adam Abd. Ghani.

Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, dalam masa kini  TEKUN Nasional bakal menambahkan lagi dua cawangannya di Sabah.

Jelas beliau, ini akan menjadikan jumlah keseluruhan cawangan TEKUN Nasional di seluruh Malaysia sebanyak 173 buah berbanding 171 cawangan sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Unit Tranformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) itu berkata, dalam masa kini beliau masih menunggu pengumuman Perdana Menteri mengenai kedudukan MITRA.yang sebelum ini diterajui oleh Jabatan Perdana Menteri.

Justeru itu, katanya, buat pada masa kini beliau masih menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pengerusi badan itu seperti biasa.

“Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai perkara itu dalam masa terdekat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya