Tanggungjawab lebih besar menanti Ahmad Samsuri - Abdul Hadi

Tanggungjawab lebih besar menanti Ahmad Samsuri – Abdul Hadi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tanggungjawab lebih besar menanti Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas dipilih memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, semalam.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, selain itu, peningkatan majoriti yang lebih besar dalam kemenangan calon Pas berkenaan menjadi isyarat jelas penolakan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan ala Pakatan Harapan (PH). 

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pengundi atas kemenangan yang besar dalam PRK Kemaman. 

“Tahniah kepada jentera pilihan raya yang bertugas dengan penuh kesungguhan bagi memastikan kemenangan terus berpihak kepada Pas dan Perikatan Nasional,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam tadi. 

Sebelum ini, Ahmad Samsuri itu disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri bagi gabungan PN, namun beliau dilapor menegaskan semalam bahawa perkara itu tidak menjadi sasaran atau objektif ketika menyertai bidang politik. 

Pas mempertahan kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti besar, 37,220 undi. 

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu memperoleh 64,998 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang sekadar mendapat 27,778 undi. 

Majoriti yang diperoleh Menteri Besar itu lebih tinggi berbanding majoriti yang diperoleh penyandang kerusi itu, Che Alias Abd. Hamid (27,179 undi) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya