Subsidi bersasar masih dalam fasa semakan data – Hanifah

Subsidi bersasar masih dalam fasa semakan data – Hanifah

HANIFAH Hajar Taib (empat dari kiri) pada kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) di Wisma Bapa Malaysia, di Kuching Sarawak semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pengagihan subsidi bersasar kini masih lagi dalam fasa semakan berhubung data penduduk dan dijangka mulakan pertengahan tahun hadapan

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, keperluan melalui fasa itu mengambil kira beberapa aspek agar inisiatif itu dapat disama ratakan dan dimanfaatkan oleh semua penduduk. 

“Setakat ini proses pengagihan subsidi bersasar masih melalui fasa semakan data dan bancian bagi memastikan bantuan menepati keadaan si penerima mengambil kira perihal tanggungan, ibu tunggal, kemampuan kewangan isi rumah dan dijangka diagihkan pada pertengahan tahun hadapan.

“Pelaksanaan dasar tertentu nanti dipercayai adil dan saksama bagi seluruh rakyat dan nilai bantuan tidak diseragamkan mengikut faktor-faktor tertentu seperti jarak penghantaran produk dan kos terlibat,” katanya ketika ditemui media di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini

Kunjungan hormat tersebut bertujuan memberi maklumat dari segi hala tuju Jabatan Perangkaan dalam memperkemas pelaksanaan pemberian bantuan kerajaan dengan lebih meluas dan menyeluruh menerusi Sistem Pangkalan Data Utama (PADU). 

Menyentuh berkaitan mekanisme pengagihan subsidi bersasar tersebut, Hanifah memberitahu pelancarannya akan diadakan siaran langsung dibawah tanggungjawab Jabatan Perangkaan kerjasama dengan Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) juga agensi-agensi lain berkaitan. 

Dalam sesi kunjungan hormat tersebut, Abang Johari diberikan penerangan lengkap berkaitan pengenalan, tujuan sistem PADU, statistik serta gambaran terperinci tentang pengagihan subsidi bersasar mengikut kemaskini data merangkumi lokasi, penyesuaian jenis bantuan, pendapatan isi rumah dan banyak lagi yang turut diselaraskan bersama agensi persekutuan.

Antara lain, kunjungan hormat tersebut juga bertujuan memohon keizinan daripada  Abang Johari berkaitan perkongsian maklumat dari kementerian, jabatan dan agensi kerajaan Sarawak untuk dimasukkan ke dalam sistem PADU.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN