Sistem pengurusan banjir JKNK jadi SOP KKM

Sistem pengurusan banjir JKNK jadi SOP KKM

DR. Dzulkefly Ahmad (dua dari kiri) beramah mesra bersama kakitangan JKM semasa lawatan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Pial, Rantau Panjang, Kelantan. -UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjadikan sistem pengurusan banjir yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) sebagai penanda aras kepada persediaan menghadapi banjir di negeri-negeri lain.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sistem yang tersedia sepatutnya diperluaskan ke seluruh negara dan diangkat sebagai prosedur operasi standard (SOP) KKM bagi menghadapi bencana alam itu.

“Kemudahan sistem digital atau dashboard yang diguna pakai membolehkan JKNK membuat ramalan awal kawasan-kawasan yang akan menghadapi kesan teruk akibat banjir.

“Bagi saya, ia sangat penting dan boleh memberi keupayaan kepada fasiliti kesihatan seperti Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Pasir Mas memantau dan menangani situasi banjir dengan lebih berkesan.

“Ia turut membolehkan JKNK mengatur persediaan sebelum, semasa dan selepas banjir termasuk mengadakan simulasi tertentu bagi mempersiapkan pasukan kesihatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyantuni mangsa banjir yang berlindung di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, di sini hari ini.

Dr. Dzulkefly berkata, KKM akan memastikan aset-aset dimohon JKNK dapat disediakan dengan kaedah perolehan dikoordinasikan di Putrajaya kerana tidak mahu berlaku pembelian aset yang bersifat bermusim.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 15 kes jangkitan Covid-19 melibatkan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dilaporkan sejak bulan lalu melibatkan mangsa di dua daerah iaitu Pasir Mas dengan enam kes manakala Tanah Merah sembilan kes.

Menurutnya, bagaimanapun, kes Covid-19 yang berlaku dalam kalangan mangsa banjir di PPS di Kelantan masih terkawal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya