Shopee Malaysia anugerah 100 hadiah untuk jenama, bakat tempatan

Shopee Malaysia anugerah 100 hadiah untuk jenama, bakat tempatan

ANTARA pemenang Shopee Super Awards 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Shopee Malaysia memberi 100 anugerah kepada pelbagai jenama dan bakat-bakat hebat tempatan yang mencapai perkembangan cemerlang dalam pasaran platform e-dagang terbesar itu pada sambutan Shopee Super Awards 2023 berlangsung di sini, semalam.

Ketua Pemasarannya, Kenneth Soh berkata, menerusi sambutan tersebut, ia bagi meraikan jenama dan penjual yang berjaya mengubah perniagaan mereka dengan menggunakan pemasaran strim langsung dan affiliate secara cemerlang.

Jelasnya, pencapaian itu menerusi pasaran Shopee dengan melangkaui halangan dalam berinovasi dan membawa kualiti yang konsisten.

“Penganjuran majlis anugerah ini menunjukkan hubungan sinergi antara komuniti dalam talian dalam memacu keterangkuman ekonomi e-dagang dan peranan Shopee sebagai saluran yang mempunyai ekosistem, sumber dan sokongan kukuh.

“Platform kami sentiasa memperkasa perniagaan untuk berjaya dalam ekonomi digital seperti mana terbukti dengan 98,000 penjual baharu yang menyertai ekosistem kami pada tahun ini. Hal ini terutama dengan program peningkatan kemahiran percuma seperti Shopee University, Shopee Seller Summit dan kelas pemasaran pempengaruh.

“Tambahan lagi, penjual tempatan baharu di Shopee Live merekodkan peningkatan sepuluh kali ganda dalam jualan dan 16 kali ganda dalam peningkatan pesanan tahun ini berbanding tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod, tempoh pengundian Shopee Super Awards 2023 selama 28 hari sejak 3 hingga 30 November lalu dengan 669,101 undian dari seluruh negara.

Dalam pada itu, sebanyak tujuh anugerah di bawah pelbagai kategori diberi kepada pelbagai jenama dan penjual-penjual yang terlibat iaitu Shopee Super Live Streamer; Shopee Malaysian-Born Brand; Shopee Super Aspiring Brand; Shopee Super Seller; Shopee Super Shopee Celebrities; Shopee Super Influencer dan Shopee Super Affiliate.

Dalam pada itu, katanya, para pemenang juga dibawa menonton dokumentari yang julung-julung kali diterbit oleh Shopee bertajuk Shopee Rai Lokal – Breaking Barriers Online (Memecah Halangan Dalam Talian).

“Filem ini menengahkan temu bual bersama Edward Wong dari HomeDecoStore, Felicia Tan dari Mamami Shoppe, dan Mohd. Zaid dari Lampu Cherita.

“Mereka berkongsi kisah peribadi mereka dalam menembusi halangan, bermula secara kecil-kecilan dan mencipta kejayaan dalam sentiasa berkembang dalam bidang masing-masing.

“Dengan perkongsian dokumentari ini, kami berharap ia dapat memberi inspirasi kepada yang lain untuk mencapai impian dalam talian mereka. Kami juga memudahkan rakyat Malaysia untuk membeli lokal dengan meraikan penjual terbaik dan menceritakan kisah mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya