Setengah tan sampah di pantai

Setengah tan sampah di pantai

KIRA-KIRA 100 sukarelawan mengutip sampah di sepanjang pesisiran Pantai Sungai Berembang, Sungai Baru, Arau, Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Hanya dalam tempoh dua jam sahaja, hampir 500 kilogram atau setengah tan metrik sampah berjaya dikutip di sepanjang pesisiran Pantai Sungai Berembang, Sungai Baru di sini.

Lebih 100 sukarelawan terlibat mengutip sampah berkenaan terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Trash Hero Perlis, sukarelawan institut pengajian tinggi (IPT) dan agensi kerajaan negeri serta pusat.

Program pembersihan anjuran Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan kerjasama Trash Hero Perlis itu turut mendapat kerjasama dan penyertaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri serta persekutuan selain Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK).

Koordinator Trash Hero Perlis, Rosnani Nazri berkata, kebanyakan sampah dikutip terdiri adalah plastik dan bekas makanan yang dibuang di pesisiran pantai berkenaan.

Malah katanya, sampah-sampah berkenaan juga terselit di celah-celah batu sepanjang pantai berkenaan yang sekali gus boleh mencemarkan pemandangan di situ.

Katanya, situasi tersebut menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat supaya tidak membuang sampah sesuka hati masih rendah sekali gus mencemarkan lokasi pelancongan berkenaan.

“Pengunjung perlu mempunyai kesedaran membuang sampah di tong sampah ketika menjelangnya Tahun Melawat Perlis 2024/2025 agar pemandangan tidak tercemar terutama di kawasan-kawasan pelancongan ini,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN