Saifuddin jawab sindiran: Tidak perlu baca hikayat Melayu untuk

Saifuddin jawab sindiran: Tidak perlu baca hikayat Melayu untuk interaksi urusan kerajaan

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada kompromi rakyat Malaysia daripada menggunakan bahasa lain dalam urusan rasmi kerajaan dengan semua pihak diwajibkan menggunakan bahasa Melayu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, namun, perkara itu tidaklah perlu sehingga ke tahap membaca segala hikayat atau tulisan sastera.

“Bahasa Melayu ini bahasa kebangsaan. Rakyat Malaysia kena faham perkara asas ini. Tak perlu sampai baca semua hikayat untuk kita berinteraksi dalam Bahasa Melayu.

“YAB PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam surat menyurat yang melibatkan kerajaan. Tiada kompromi,” katanya dalam ciapan akaun X miliknya hari ini.

Beliau mengulas sindiran seorang pengguna akaun X terhadap kenyataan Saifuddin yang seolah-olah menunjukkan pemegang pasport perlu membuktikan diri mereka sebagai seorang sasterawan ketika membuat urusan dokumen penting itu.

“Jika Saifuddin mahu mewajibkan BM (bahasa Melayu) kepada semua pemegang pasport dia perlu membuktikan BMnya adalah sasterawan, peringkat karyawan negara. Kena tahu tatabahasa sepenuhnya, habis baca semua hikayat, panji-panji, boleh bagi bukti ya oh and maybe not lose elections (mungkin tidak kalah pilihan raya),” katanya.

Sebelum ini, Saifuddin mengulas insiden pegawai Jabatan Imigresen yang didakwa mengherdik seorang wanita di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor baru-baru ini.

Beliau menegaskan setiap warga Malaysia perlu menguasai bahasa Melayu dan ia satu kewajipan bagi mengelak timbul masalah terutama ketika memperbaharui pasport dan sebarang aktiviti rasmi berkaitan kewarganegaraan.

Dalam kejadian itu, seorang wanita tular dalam media sosial apabila berkongsi pengalaman memperbaharui pasport di UTC Johor.

Wanita itu mendakwa diherdik oleh seorang pegawai lelaki di pejabat imigresen berkenaan kerana tidak fasih berbahasa Melayu ketika mahu memperbaharui pasport anak perempuanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya