Malaysia, Finland perkukuh kerjasama pembangunan ekonomi kitaran, taman ekoindustri

Malaysia, Finland perkukuh kerjasama pembangunan ekonomi kitaran, taman ekoindustri

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Finland akan memperkukuh kerjasama dalam pembangunan ekonomi kitaran serta pembangunan taman ekoindustri bagi memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan dan berdaya saing.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara tersebut antara dibincangkan dalam kunjungan hormat Duta Besar Finland ke Malaysia, Anne Vasara.

“Saya berbesar hati menerima kunjungan hormat Vasara bagi membincangkan potensi memperkukuh kerjasama Malaysia–Finland dalam memacu pembangunan ekonomi yang lebih mampan dan berdaya saing.

“Perbincangan kami tertumpu kepada potensi kerjasama dalam melaksanakan model ekonomi kitaran di Malaysia, selaras dengan komitmen negara terhadap agenda kemampanan dan tindakan iklim,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Johari berkata, perbincangan turut tertumpu kepada potensi kerjasama dalam aspek pembaharuan dasar dan kawal selia, pembiayaan dan pelaburan, rantaian bekalan mampan, piawaian dan pensijilan serta pembangunan kapasiti.

“Kami turut bertukar pandangan mengenai peluang membangunkan taman ekoindustri.

“Dengan kira-kira 600 taman perindustrian di seluruh negara, Malaysia mempunyai potensi besar untuk menerapkan amalan ekonomi kitaran, bermula dengan taman-taman halal sebagai langkah awal ke arah pembangunan industri yang lebih lestari dan bernilai tinggi,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN