Rela tinggal atas loteng ‘jaga’ rumah

Rela tinggal atas loteng ‘jaga’ rumah

ZAHARAH Derasa tidak pernah berpindah ke pusat pemindahan kerana mempunyai loteng untuk berlindung ketika banjir di rumahnya di Rantau Panjang, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Beberapa penduduk yang tinggal di pinggir Sungai Golok di sini memilih untuk tinggal di atas loteng rumah semasa musim tengkujuh melanda kawasan itu setiap tahun.
Mereka enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana lebih selesa berada di rumah sendiri selain dapat memantau keadaan rumah da­ripada dimasuki pencuri.
Seorang warga emas, Zaharah Derasa, 80, berkata, dia dan keluarganya menjadikan loteng seluas sebuah bilik tidur itu dengan ketinggian lebih dua meter sebagai tempat berlindung semasa banjir sejak 10 tahun lalu.
Menurutnya, kawasan rumahnya di sekitar pekan Rantau Panjang di sini ketika ini dinaiki air setinggi 0.3 meter sebelum dia dan anaknya, Mohd Rozi Isa, 43, mengambil keputusan untuk tinggal di atas loteng itu.
“Saya sudah menyiapkan barangan dapur sejak lebih sebulan lalu kerana tahu keperluan itu sukar untuk didapati atau mungkin terputus semasa musim banjir.
“Kami boleh tinggal di sini selama tempoh musim tengkujuh melanda Rantau Panjang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Zaharah memberitahu, ini bukan kali pertama dia berdepan situasi banjir kerana tinggal di sini sejak remaja lagi dan sudah biasa dengan ke­­­a­daan tersebut.
Katanya, sebelum membina loteng di rumahnya kira-kira 10 tahun lalu, ahli keluarganya membuat pangkin kayu tinggi di dalam rumah untuk dijadikan tempat tidur sekiranya air bah masuk ke dalam rumah.
Azizah Abdul Rahman, 53, pula berkata, dia juga tidak berpindah ke PPS setiap kali rumahnya dinaiki air kerana ada loteng.
Setakat ini, loteng rumah selamat didiami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN