Ramanan masih kekal Pengerusi Jawatankuasa Khas MITRA

Ramanan masih kekal Pengerusi Jawatankuasa Khas MITRA

R. Ramanan (kiri) ketika mempengerusikan mesyuarat selepas memulakan tugas secara rasmi di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan memaklumkan, status beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) ketika ini kekal.

Menurutnya, walaupun dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang baharu, beliau buat masa ini masih kekal mengemudi unit khas berkenaan.

“Buat masa ini masih kekal,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai status sebagai pengerusi MITRA selepas mengimbas kad perakam waktu di lobi bangunan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Ramanan antara muka baharu timbalan menteri dalam senarai rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Ditanya mengenai agenda tahun 2024 KUSKOP, Ramanan berkata, antara aspirasi yang digariskan termasuk meningkatkan penyertaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam industri berimpak tinggi bagi memperkasa rantaian bekalan domestik dan rantaian nilai global.

Selain itu, katanya, ia melibatkan pemerkasaan perusahaan kecil dan sederhana supaya bersedia untuk menerokai pasaran modal menerusi peningkatan kesedaran, kesediaan kemampanan dan tadbir urus korporat.

Tambah lagi, pertumbuhan gerakan koperasi akan dipacu supaya lebih kompetitif dan berprespasti tinggi melalui transformasi sokongan koperasi dan penglibatan dalam industri berpotensi.

“Saya juga akan mengadakan perbincangan dengan menteri (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick) untuk melihat bagaimana kita dapat menghasilkan komuniti usahawan yang lebih ramai,” katanya.

Pada masa sama, Ramanan turut menzahirkan penghargaan terhadap Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menggalas jawatan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya