Polis giat kesan kanak-kanak autisme dilaporkan hilang

Polis giat kesan kanak-kanak autisme dilaporkan hilang

ZAYN RAYYAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis masih berusaha mengesan kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang dilapor hilang sejak 12.30 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, laporan kehilangan kanak-kanak dikenali Zayn Rayyan itu dibuat ibunya semalam sebelum gerakan mencari dijalankan.

Kata beliau, hasil maklumat awam, kanak-kanak berkenaan dilihat bermain di sekitar kawasan rumahnya kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

“Justeru itu, kita mendapatkan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi mengesan kanak-kanak berkenaan memandangkan berhampiran lokasi kanak-kanak itu dilihat berdekatan dengan pariti.

“Setakat ini, usaha mengesan kanak-kanak itu dilakukan dari pelbagai sudut dan masih diteruskan hari ini,” katanya.

Terdahulu, ibu kanak-kanak berkenaan berkongsi di Facebook mengenai kehilangan Zayn Rayyan yang dikatakan masih berpakaian seragam sekolah.

“Assalamualaikum, minta tolong jika ada ternampak anak saya seperti dalam gambar, anak saya hilang dari tengah hari tadi.

“Jika ternampak sila hubungi nombor seperti di bawah. Anak saya OKU, autisme. Dia tak boleh bercakap. Jika nampak sila pegang dia dahulu ya, terus hubungi saya, terima kasih,” jelas hantaran itu.

Zayn Rayyan berketinggian 120 sentimeter (cm) dan kali terakhir dilihat berpakaian baju putih dan seluar hitam serta berkasut sekolah.

Kanak-kanak itu difahamkan bersekolah di Damansara Damai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya