Pertanian di tanah terbiar bantu basmi kemiskinan - Utusan Malaysia

Pertanian di tanah terbiar bantu basmi kemiskinan

RAFIZI Ramli (empat dari kiri) melawat tapak tanaman sayur pada pelancaran projek Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) - Inisiatif Usahawan Tani Wilayah Ekonomi Koridor Utara di Ulu Kinta di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kementerian Ekonomi melihat potensi membangunkan tanah terbiar bagi diusahakan projek pertanian moden untuk membasmi kemiskinan.

Menterinya, Rafizi Ramli mengalu-alukan jika ada kerajaan negeri sedia menawarkan tanah sesuai kepada kementerian untuk aktiviti pertanian di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Jelasnya, terdapat pilihan untuk menjalankan inisiatif itu atas tanah milik kerajaan Pusat atau negeri, namun baginya saiz yang lebih luas adalah di bawah pihak negeri.

Menteri itu menyambut baik apabila kerajaan negeri Perak sedia berbincang menyediakan tanah kepada Pusat bagi maksud pembasmian kemiskinan dan jaminan sekuriti makanan.

“Kerajaan persekutuan memberikan dana, konsep, latihan dan kerajaan negeri memberikan tanah. Beri tanah itu bukan bermaksud bagi tanah kepada kerajaan Persekutuan, tetapi kami (Pusat) pinjam untuk sekurang-kurangnya lima tahun.

“Hak milik tanah dan geran semua masih dimiliki kerajaan negeri, tapi dengan persetujuan untuk lima tahun ini, kita buka yang ini (IPR) dahulu. Daripada terbiar baik kita buka untuk beri manfaat kepada orang ramai.

“Kalau perkara ini disambut baik, kita dapat skalakan projek IPR ini di seluruh negara. Sebab masalah kita ialah tanah. Duit ada banyak mana pun tetapi kalau tanah tiada, kita tidak boleh buat. Saya berharap usaha kerajaan negeri Perak disambut oleh kerajaan negeri lain, barulah kita boleh bawa pertanian moden ini ke daerah di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir ke pelancaran projek IPR – Inisiatif Usahawan Tani Wilayah Ekonomi Koridor Utara (IPR-INTAN NCER) di sini hari ini.

Pelancaran projek IPR-INTAN NCER di Hulu Kinta itu membabitkan peserta daripada golongan B40 untuk bertani secara moden dengan jangkaan pendapatan RM2,000 sebulan.

Projek itu dilaksanakan dalam kawasan Hospital Bahagia Ulu Kinta bawah kerajaan Pusat dengan tanaman cili dan terung, serta telah mempunyai pembeli tersedia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya