Perak tambah saiz Hutan Simpanan Kekal, tertinggi di Semenanjung - Utusan Malaysia

Perak tambah saiz Hutan Simpanan Kekal, tertinggi di Semenanjung

TEH Kok Lim pada Persidangan DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Negeri Perak berjaya meningkatkan keluasan Hutan Simpanan Kekal kepada 988,700.88 hektar sehingga November 2023, bertambah 2,680.11 hektar berbanding tahun 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Teh Kok Lim berkata, saiz itu adalah 96.4 peratus daripada keluasan kawasan berhutan di Perak.

Tambahnya, pencapaian itu juga telah menjadikan Perak sebagai negeri yang mempunyai peratus keluasan Hutan Simpanan Kekal tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan peratusan sejumlah 47 peratus.

“Antara inisiatif lain yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak adalah dengan merealisasikan agenda Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 10 Juta Pokok di Negeri Perak.

“Sehingga November 2023, sejumlah 6.9 juta pokok dengan keluasan 16,260 hektar telah berjaya ditanam di seluruh Negeri Perak,” katanya.

Beliau membuat ucapan penggulungan portfolionya dalam Belanjawan 2024 Perak di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Jelas Exco itu juga, usaha berkenaan merupakan langkah menangani isu perubahan iklim seiring dengan inisiatif Perak Sejahtera 2030. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya