HRPB terima 54 katil baharu - Utusan Malaysia

HRPB terima 54 katil baharu

A. SIVANESAN pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah menerima tambahan 54 buah katil baharu pada hujung November lalu, dalam mengatasi masalah kekurangan kemudahan itu di Jabatan Kecemasan.

Kelulusan waran peruntukan berjumlah RM500,000 oleh Kementerian Kewangan telah diterima pada 26 Oktober 2023 dengan proses perolehan dijalankan secara sebutharga.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, hasil lawatan Timbalan Menteri Kewangan II bersama Pengarah Belanjawan Negara ke hospital tersebut pada 18 September lalu.

Katanya, dalam sesi lawatan tersebut Pengarah Belanjawan Negara bersetuju mempertimbangkan peruntukan RM1 juta untuk projek menaiktaraf Jabatan Kecemasan dan Trauma HRPB.

“HRPB adalah hospital yang terbesar di Perak dan menjadi induk kepada 14 hospital yang lain. Kesemua kes-kes rujukan jika tidak boleh ditangani di hospital lain ini, akan dirujuk ke HRPB.

“Oleh itu kita perlu pastikan hospital ini mempunyai segala peralatan untuk memastikan pesakit-pesakit ini mendapat rawatan yang diperlukan,” katanya dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Kesemua katil yang dibeli telah sampai dan siap dipasang pada 29 November lalu, menjalani proses pengujian serta diagihkan ke wad.

Mengenai soalan daripada Muhammad Faisal Abdul Rahman (PN-Trong) tentang kekurangan katil pesakit di wad kecemasan Hospital Taiping, Sivanesan berkata, pengurusan hospital telah mengemukakan permohonan peruntukan perolehan sebanyak 20 katil tambahan bagi jabatan ini pada awal tahun 2023.

“Namun ia tertakluk kepada kelulusan dari Kementerian Kesihatan. Sebagai penyelesaian jangka pendek, pihak pengurusan hospital akan berusaha untuk meminjam katil dari wad-wad sekiranya situasi kesesakan ini berlaku demi untuk keselesaan para pelanggan.

Tambahnya, Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu mempunyai sebanyak 37 buah katil bagi ruang kerja sedia ada.

“Menjadi satu kebiasaan di jabatan ini, kedatangan mendadak pesakit boleh berlaku pada bila-bila masa dan keperluan katil boleh melebihi bilangan katil di Jabatan ini.

“Sekiranya situasi ini berlaku, katil sementara ini akan digunakan dan hanya untuk pesakit yang bersesuaian serta stabil. Keadaan kesesakan ini akan reda apabila pesakit-pesakit dimasukan ke wad-wad,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya