DUN Perak lulus RUU Wasiat Orang Islam - Utusan Malaysia

DUN Perak lulus RUU Wasiat Orang Islam

SAARANI Mohamad pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang berakhir hari ini untuk tahun 2023 menyaksikan Rang Undang-Undang Wasiat Orang Islam (Perak) 2023 diluluskan.

RUU dibuat bertujuan mewujudkan suatu undang-undang khusus bagi membolehkan kerajaan memberi panduan, mengurus tadbir dan mengawasi pembuatan serta pelaksanaan wasiat orang Islam di negeri itu secara berkesan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang membentangkan serta menggulungkan RUU itu berkata, pada masa ini semua perkara berhubung wasiat orang Islam di negeri tersebut tidak diperuntukan secara khusus dan terperinci.

“Selaras dengan perkembangan wasiat sebagai suatu instrumen dalam pengurusan harta umat Islam.

“Ditambah pula dengan kewujudan agensi-agensi yang menguruskan harta melalui instrumen wasiat, suatu undang-undang yang jelas, terperinci dan komprehensif perlu diwujudkan dan dikuatkuasakan dengan segera di negeri ini.

“Dengan RUU Wasiat Orang Islam (Perak) 2023 yang dicadangkan ini, masyarakat akan lebih yakin dengan pelaksanaan wasiat di negeri ini dan perlindungan yang diberikan oleh undang-undang sekaligus memberikan galakan kepada masyarakat untuk berwasiat,” katanya.

Semalam seramai enam orang wakil rakyat mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang melibatkan kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang.

Kata Saarani, RUU itu mengandungi 10 bahagian, 39 fasal dan satu jadual memperuntukkan perkara seperti antaranya berhubung pelaksanaan sesuatu wasiat, penarikan balik wasiat, penerimaan dan penolakan wasiat serta pengesahan wasiat.

Beliau berkata, proses memuktamadkan RUU itu telah diperhalusi melalui kajian khusus dan terperinci berkaitan persoalan-persoalan teknikal Hukum Syarak menerusi pasukan penyelidik yang dibentuk oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Hanya terdapat enam negeri sahaja yang mempunyai undang-undang khusus mengenai wasiat orang Islam, iaitu Selangor (1999, pindaan 2016), Negeri Sembilan (2004), Melaka (2005), Kelantan (2009), Pahang (2017) dan Sabah (2018), jelas menteri besar itu. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.