Peniaga makanan laut tular dikompaun RM1,500 -Fuziah Salleh

Peniaga makanan laut tular dikompaun RM1,500 -Fuziah Salleh

FUZIAH Salleh (tengah) melawat jualan Rahmah sempena Karnival Rahmah Kasih Sayang Bangsa Johor di perkarangan Stadium Pasir Gudang di sini, hari ini. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Peniaga makanan laut di Tepian Tebrau, di sini yang tular kerana mengenakan caj bayaran mahal kepada pelanggan telah dikenakan kompaun berjumlah RM1,5000.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, kompaun tersebut dikenakan selepas pihaknya melengkapkan dua kertas siasatan terhadap peniaga terbabit.

Menurut beliau, peniaga itu dikompaun kerana kesalahan tidak meletakkan tanda harga dan terdapat unsur pencatutan iaitu menjual pada harga tidak munasabah.

“Berkenaan isu peniaga makanan laut yang tular sebelum ini, KPDN Johor telah membuka dua kertas siasatan dan peniaga terbabit telah dikenakan kompaun iaitu RM500 kerana tidak meletakkan tanda harga dan RM1,000 kerana pencatutan.

“Perkara ini seharusnya dijadikan pengajaran buat kedua-dua pihak, peniaga perlu berniaga dengan telus manakala pengguna perlu tahu harga produk atau makanan yang dibeli mereka, pengguna ada hak untuk tahu sebelum beli,” katanya dalam sidang akhbar sempena Karnival Rahmah Kasih Sayang Bangsa Johor di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo; Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd. Rahman serta Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Tambah Fuziah, tindakan kompaun tersebut tidak bertujuan sebagai hukuman kepada peniaga sehingga menyebabkannya menutup perniagaan sebaliknya sebagai pengajaran kepada semua pihak.

Oktober lalu, isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin Rahmat meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan mendakwa harga yang dikenakan kedai Dol Mat Seafood di medan selera Tepian Tebrau, di sini terlampau mahal iaitu berjumlah RM1,260.

Namun begitu, pemilik premis tersebut dalam satu video balas memberi penjelasan berhubung harga dikenakan dan memaklumkan harga itu adalah untuk hidangan dipesan seramai 20 orang.

Dia turut memperincikan setiap butiran hidangan yang dipesan Ekin sebagai justifikasi terhadap harga berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya