Penerbit filem huru-harakan majlis? - Utusan Malaysia

Penerbit filem huru-harakan majlis?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISU-ISU seperti ini amat jarang berlaku dalam industri seni, tetapi bukan bermakna ia tidak ada. 

Inilah yang terjadi kalau penerbit ke, pengarah ke, sama sibuk hendak uruskan majlis tayangan perdana konon atas dasar mahu perjalanan majlis jadi lebih mudah, mengikut kefahaman dialah. 

Tetapi, apa yang berlaku, Cik Bunga dengar daripada rungutan kawan-kawan media lain, individu tersebut dari awal telah memporak-perandakan majlis tersebut sekali gus membuatkan ramai tetamu jadi bengang sebab tempat duduk pun tak tahu di mana, tanya orang itu tanya orang ini pakat tak ada siapa yang dapat bantu. 

Adalah juga penerbit itu gajikan seorang pegawai perhubungan ( PR) namun dengarnya tak membantu sangat pun sebab dia orang baharu. 

Macam baru masuk kerja agaknya dan masih tak faham apa tugas yang sepatutnya dia lakukan. Tak cukup dengan itu, PR itu pun boleh pula sindir-sindir wartawan sehari selepas tayangan  filem itu, katanya tak ada pun artikel diterbitkan. 

Aduh, dik, Cik Bunga dengar dia keluarkan ayat begini pun kita dah dapat teka memang dia ini tak tahu dan tak ada ilmu langsung dalam mengendalikan pihak media. 

Kenapalah penerbit itu awal-awal tak serahkan saja kepada yang pakar? Awak pun tak pening kepala di hari majlis tayangan itu. Ini tidak, kalau semua benda awak hendak buat, susahlah. 

Kalau lebih menyenangkan dan tiada masalah tak apa juga. Ini huru-hara majis dibuatnya. 

Tolonglah ambil pengajaran, lepas ini serah pada yang pakar dan berpengalaman. Jangan malu mengaku diri tak tahu berbanding pura-pura tahu tapi sendiri bawa malu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN