Penduduk Ulu Tembeling terkandas, jalan utama Simpang Paya Garok dilimpahi air

Penduduk Ulu Tembeling terkandas, jalan utama Simpang Paya Garok dilimpahi air

KEADAAN laluan Jerantut - Kuala Tahan ditenggelami air Sungai Pahang berdekatan simpang Kampung Paya Garok, Jerantut, Pahang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kira-kira 5,000 penduduk Mukim Tembeling Tengah, Ulu Tembeling dan Felda tidak dapat keluar ke bandar Jerantut berikutan Jalan Jerantut – Kuala Tahan berdekatan simpang Kampung Paya Garok, dekat sini ditenggelami air Sungai Pahang hari ini.

Laluan itu ditenggelami banjir sedalam kira-kira 0.50 meter dan sepanjang lebih 200 meter  pada pukul 10 pagi ini menyebabkan beratus-ratus kenderaan dari laluan dua hala Jalan Jerantut – Kuala Tahan terkandas.

Keadaan itu turut menyebabkan pelancong luar yang bercuti di Taman Negara dibawa keluar oleh pengusaha pusat inap dan pihak berkuasa berikutan banjir di laluan tersebut.

Penduduk Ulu Tembeling, Mustapha Abdullah, 37, berkata, dia terpaksa menangguhkan perjalanan ke bandar Jerantut untuk membeli barang keperluan dapur, alat keperluan persekolahan dan pengurusan keluarga.

“Kejadian air melimpah di laluan Simpang Paya Garok kerap berlaku setiap kali Monsun Timur Laut penghujung tahun di daerah ini apabila air Sungai Pahang melimpah masuk. Seingat saya, senario ini lebih 20 tahun lalu, ketika banjir penduduk terkandas di laluan ini.

“Kita berharap projek meninggikan jalan raya di Simpang Paya Garok wajar segera dilakukan oleh kerajaan memandangkan di sini merupakan laluan utama penduduk Felda, Tembeling Tengah dan Ulu Tembeling berurusan ke bandar Jerantut,” katanya.

Seorang remaja, Ashraf Jamaluddin, 18, berkata, sekiranya laluan Paya Garok ditenggelami air dalam tempoh yang lama sudah tentu menyukarkan orang ramai ke bandar Jerantut untuk menjalankan urusan masing-masing memandangkan persekolahan akan dibuka tidak lama lagi.

“Senario ini juga menyebabkan gangguan kepada pelancong luar dan pelawat domestik datang bercuti ke Taman Negara sekali gus menjejaskan sektor pelancongan di sini,” katanya.

Dalam pada itu, pelawat domestik dari Kuala Lumpur, Azhari Ahmad, 60, berkata, hasrat membawa keluarganya bercuti ke Taman Negara dan menziarahi rakan di Felda Padang Piol, tertangguh ekoran situasi berkenaan.

“Walaupun ada papan tanda banjir di persimpangan berdekatan sebuah kilang di luar, saya terus memandu masuk dan mendapati ramai orang termasuk kenderaan berhenti di tepi jalan yang tidak lepas mengharungi air selain melihat kejadian banjir di lokasi tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya