Pecah rumah: Remaja lelaki berusia 20-an dipenjara dan didenda 

Pecah rumah: Remaja lelaki berusia 20-an dipenjara dan didenda 

SUSPEK yang merupakan seorang remaja lelaki diiringi pihak polis selepas pertuduhan kes dibaca dan dijatuhkan hukuman dari Mahkamah Majistret Limbang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMBANG: Remaja lelaki berusia 20-an dijatuhkan hukuman penjara enam hingga sepuluh bulan dan didenda RM5,000 selepas didapati bersalah dalam dua pertuduhan berasingan melibatkan kes pecah rumah. 

Ketua Polis Daerah Limbang, Superitenden Parum Niot berkata kes dipercayai berlaku pada 17 dan 27 November lepas di Taman Indah Cempaka, Rangau di sini. 

“Suspek telah berjaya ditahan oleh pihak polis Limbang pada Sabtu lalu, dan hari ini kes dihadapkan ke Mahkamah Majistret Limbang. 

“Susulan daripada penahanan suspek terbabit, pihak polis berjaya menyelesaikan dua kes pecah rumah yang berlaku di daerah ini,” katanya. 

Tambahnya lagi semasa menahan suspek, beberapa barangan telah dirampas oleh pihak polis. 

“Pihak polis juga berjaya merampas barangan curi berupa barang kemas, wang tunai dan barang berharga lain.

“Suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Limbang dan telah dijatuhkan hukuman yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 411 dan Sekyen 414 Kanun Keseksaan,” jelasnya lagi.-UTUSAN

 

End.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN