Pasangan suami isteri maut dibunuh anak dikenali ramai jiran - Utusan Malaysia

Pasangan suami isteri maut dibunuh anak dikenali ramai jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang maut dibunuh anak lelaki mereka di Kampung Sungai Penchala, di sini merupakan keluarga yang dikenali ramai jiran.

Jiran kepada mangsa yang enggan dikenali berkata, dia tidak menyangka jeritan meminta tolong seorang wanita yang didengarinya adalah suara daripada mangsa bunuh.

Katanya, jeritan itu dipercayai daripada wanita yang dibunuh anak lelakinya kira-kira pukul 8 malam tadi.

“Saya dengar jiran dia cakap mula-mula dengar jeritan minta tolong selepas itu terus senyap, kira-kira dalam waktu maghrib (7 malam).

“Kedua-dua mangsa kemudiannya ditemukan dalam keadaan mengerikan, memang terkejut dengar kes bunuh macam ini. Di sini tak pernah ada (pembunuhan).

“Dekat sini orang ramai memang kenal dengan mangsa sebab selalu datang masjid dan dia orang lama di sini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah beliau, suspek yang berusia 40-an itu juga dipercayai merupakan bekas penagih dadah dan baru sahaja diikat jamin atas kesalahan jenayah.

Bagaimanapun, menurutnya, suspek beberapa hari sebelum kejadian dilihat mesra dengan keluarga kerana sering melihat membantu mengemas halaman rumah.

“Kalau waktu pagi nak pergi kerja tu memang saya akan nampak dia tolong ayah dia cuci halaman rumah, berkebun, dalam minggu ini juga saya nampak dia elok makan di kedai makan,” katanya.

Pasangan suami isteri warga emas ditemukan mati selepas dibunuh anak lelakinya di Kampung Sungai Penchala, di sini, hari ini.

Difahamkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu membunuh ibu bapanya sekitar pukul 7 petang tadi.

Anak ketiga daripada empat adik beradik itu juga dipercayai baru sahaja diikat jamin oleh bapanya atas kesalahan jenayah, minggu ini.

Bagaimanapun, sebaik pasukan polis tiba di lokasi kejadian, kedua mangsa disahkan sudah meninggal dunia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya