Pahang usaha tanda pantai sebagai tugu memorial Nanami Kento

Pahang usaha tanda pantai sebagai tugu memorial Nanami Kento

LEONG Yu Man ketika berucap pada sesi soal jawap lisan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Jepun susulan tindakan peminat anime Jujutsu Kaisen yang menanda pantai di daerah ini dalam Peta Google untuk dijadikan tugu memorial watak anime Nanami Kento.

Tindakan itu dilakukan peminat anime terbabit yang dipercayai di Pantai Kempadang di sini, susulan tular nama ‘Kuantan’ disebut dalam salah satu siri anime itu yang ditayang bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan, Leong Yu Man berkata, kerajaan negeri dalam usaha menghubungi pihak Kerajaan Jepun supaya mendapat pelepasan dari pencipta anime itu untuk menandakan pantai terbabit.

Katanya, ia bagi menjadikan pantai yang ditanda sebagai tugu memorial watak Nanami Kento itu sebagai tempat check in peminat anime.

“Sebagai maklumat tambahan, nama ‘Kuantan’ trending selepas disebut dalam siri anime Jujutsu Kaisen sebelum ini, justeru kerajaan negeri akan mengambil kesempatan tersebut untuk mempromosikan pantai-pantai di Kuantan,” katanya dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang menjawab soalan Rosli Abdul Jabar (Pas-Tanjung Lumpur) berkaitan perancangan kerajaan negeri untuk menaik taraf Pantai Tanjung Lumpur dan Pantai Kampung Anak Air sebagai kawasan pelancongan.

Nama ‘Kuantan’ tiba-tiba trending di aplikasi X selepas sebuah episod anime yang dikeluarkan pada bulan lalu ada menyebut nama ibu negeri Pahang tersebut.

Difahamkan, ia disebut watak Nanami Kento yang dimainkan dalam episod 42 Jujutsu Kaisen (musim kedua) yang ditayang pada platform Netflix.

Menerusi episod tersebut, Kento ada menyebut yang dia ingin melawat Kuantan di Malaysia atau lokasi tepatnya iaitu pantai di Kuantan sebelum kematiannya.

Antara dialog dituturkan Kento yang wataknya dimainkan oleh pelakon suara popular Jepun, Kenjiro Tsuda ialah: “Malaysia, ya Malaysia. Saya patut pergi ke Kuantan. Saya akan bina rumah di pantai yang kosong.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya