PADU: Kemas kini daftar isi rumah

PADU: Kemas kini daftar isi rumah

Petronas didakwa mengetepikan resolusi Kongres Ekonomi Buniputera 2024 baru-baru ini apabila tidak memberi kontrak berkaitan projek solar kepada syarikat bumiputera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiap isi rumah perlu memastikan maklumat diri mereka disah dan dikemaskini dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan dilancarkan 2 Januari ini.

Keberkesanan sistem pangkalan data itu sebagai asas dalam menentukan kumpulan sasar untuk menerima subsidi dan bantuan secara telus yang bakal dilaksanakan kerajaan.

Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah Jabatan Perangkaan Malaysia 2022 menyebut terdapat 7.9 juta isi rumah merangkumi 46.3 peratus isi rumah T20, 37.6 peratus daripada isi rumah M40 dan 16.1 peratus dalam kalangan isi rumah B40.

Keberkesanan sistem pangkalan data itu sebagai asas dalam menentukan kumpulan sasar untuk menerima subsidi dan bantuan secara telus yang bakal dilaksanakan kerajaan kelak menjadi tumpuan menjelang pelancaran PADU yang dijadual Selasa ini.

Ia berikutan sejauh mana pelaksanaan pengkelasan pen­dapatan itu bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada warga Malaysia yang berkelayakan dan memastikan tiada orang terpinggir sehingga menyebabkan golongan kumpulan tertentu terus dibebani dengan peningkatan kos sara hidup.

Kegagalan orang ramai menerima inisiatif kredit RM100 eMadani walaupun berkelayakan termasuk berpendapatan bawah RM100,000 setahun menjadi antara kebimbangan akan berlaku masa depan.

Sebabnya, kerajaan sebelum ini menegaskan PADU bertujuan mengumpul seberapa banyak maklumat sosio ekonomi isi rumah dan membantu kerajaan mengagihkan subsidi serta bantuan dengan lebih berkesan, sekali gus menjadi penyelaras data antara agensi-agensi sedia ada termasuk Jabatan Perangkaan Malaysia.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Pusat Pe­ngajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, tidak dinafikan pengkelasan pendapatan diperlukan dalam menggubal dasar bagi memastikan bantuan disalurkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Jelas beliau, ia perlu seiring menangani isu gaji dan upah pekerja masih rendah terlebih dahulu untuk menghadapi cabaran rasionalisasi subsidi setelah wujudnya PADU yang boleh mengakibatkan kenaikan harga keperluan asas pengguna dan kos sara hidup.

Bagaimanapun katanya, pembangunan PADU dilihat seiring dengan pelaksanaan subsidi bersasar RON95 pada separuh kedua 2024, disusuli pelaksanaan gaji progresif pada September tahun sama.

“Kenaikan kos sara hidup tidak boleh dielakkan dan ia sentiasa berlaku kerana pelbagai faktor, misalnya ketidaktentuan geopolitik dan pelbagai lagi. Namun ia perlulah seimbang dengan kadar upah dan gaji yang setimpal, tetapi ia masih rendah.

“Maka ukuran pendapatan perlu ditangani bagi menghadapi cabaran rasionalisasi subsidi yang mungkin dikurangkan dan ia boleh menyebabkan kenaikan harga keperluan asas pengguna khususnya dalam B40 dan M40,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan membangunkan sebuah pangkalan data utama atau PADU bagi me­ngumpul seberapa banyak maklumat sosio ekonomi isi rumah sekali gus membantu kerajaan mengagihkan subsidi dan bantuan dengan lebih berkesan.

Difahamkan, Anwar akan melancarkan sistem pangkalan data di Putrajaya pada 2 Janua­ri ini.

Dilaporkan sehingga 5 Di­sember lalu, pembangunan PADU pada tahap 93.3 peratus menerusi sesi ujian penerimaan pengguna sejak dari 28 November lalu manakala bakal dibuka kepada pengguna bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2024 bagi tujuan kemas kini dan pengesahan maklumat individu.

Pada 1 April, maklumat dalam sistem itu akan dianalisis berdasarkan kes gunaan bagi menentukan kumpulan sasar bagi penyasaran semula subsidi.

Mengulas lanjut, Barjoyai berkata, pelaksanaan rasio­nalisasi subsidi dan peningkatan gaji serta upah adalah tiga perkara utama yang perlu seimbang dengan produktiviti dan kemahiran pekerja agar selari dengan kemajuan teknologi Revolusi Industri 5.0 memandangkan masih terdapat 70 pe­ratus atau 11.5 juta pekerja daripada 16.5 juta buruh seluruh negara adalah ka­tegori tidak mahir.

“Gaji progresif dan gaji mi­nimum tidak cukup untuk mencapai sebuah negara berpendapatan tinggi, tetapi kemahiran dan kepakaran perlu ditambahbaik agar produkti­viti dapat dipertingkat bagi memenuhi tuntutan ekonomi.

“Tiga perkara itu adalah antara jalan penyelesai­an masalah pendapatan rakyat Malaysia yang kini jauh lebih rendah daripada kos sara hidup sekali gus terus menghimpit kehidupan rakyat sehingga ke hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, penganalisis ekonomi Universiti Ke­usahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, kerajaan perlu segera menguar-uarkan mekanisme rasionalisasi subsidi dan mekanisme cukai baharu termasuk daripada pindaan yang bakal dilaksana kelak bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, Belanjawan 2024 menyaksikan pelbagai pengumuman cukai baharu antaranya cukai minimum global dan cukai barangan bernilai tinggi, namun butiran belum dijelaskan kepada masyarakat sekali gus bakal mengundang aspek kelemahan ketika penguatkuasaan nanti.

Katanya, perkara itu amat penting agar tidak mengulangi masalah cukai barang dan perkhidmatan (GST) apabila ramai masyarakat masih tidak memahami pelaksanaan pencukaian tersebut meskipun ia bagi menjamin sumber pendapatan yang stabil untuk negara.

“Bagaimanapun bagi elak kekeliruan, perlulah ada perincian butiran dan perubahan kepada rakyat. Siapa yang bakal berdepan subsidi dan kenaikan cukai? Berapa jumlah dan apakah jenis barangan dikenakan. Ini perlu dijelaskan terperinci kepada rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN