Miskin tegar di Kelantan menurun 

Miskin tegar di Kelantan menurun 

JASRI Kasim (kanan) menyerahkan bakul makanan kepada pesakit angin ahmar di Jalan Gajah Mati, Kota Bharu, Kelantan. .- UTUSAN/ ROSLJZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jumlah miskin tegar di negeri ini sepanjang tempoh 11 bulan bermula Januari hingga November semakin menurun selepas kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan untuk membantu golongan berkenaan bertujuan menambah pendapatan menerusi aktiviti ekonomi.

Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) (PPNK ICU JPM) Jasri Kasim berkata, pada awal tahun ini seramai  12,280 orang berdaftar di bawah e-kasih.

Menurutnya, jumlah itu semakin mengecil dan sehingga November lalu hanya 7,353 individu sahaja yang masih berada di dalam senarai tersebut.

“Selain bantuan kewangan untuk membantu mereka menjana pendapatan, ada dalam kalangan mereka diberi peluang pekerjaan yang diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah e-kasih@Kota Lama di Dataran Muhammadi di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr. Hafidzah Mustakim.

Jasri memberitahu, pada masa sama pihaknya turut membuat semak silang dengan beberapa agensi pemberi bantuan bagi tujuan mengemas kini sebelum dikategorikan terkeluar daripada miskin tegar.

Katanya, sehingga November tahun ini seramai 58,680 orang dikategorikan sebagai miskin manakala 9,556 adalah kumpulan miskin tegar.

Dalam perkembangan lain, Jasri mengesahkan pihaknya akan menerima 8,268 senarai nama untuk Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) pada 11 Disember ini.

Katanya, terdapat 13 jawatankuasa dalam JPKKP dan kumpulan ini dijangka memulakan tugas tahun hadapan. – UTUSAN

 

1

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.