Mati pucuk: Malu, ego punca sukar dirawat

Mati pucuk: Malu, ego punca sukar dirawat

DR. AIDIL Azry (kanan) bersama penyanyi Datuk Zainal abidin dalam satu majlis anjuran Idealyst baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perasaan ego yang tinggi dan malu serta tabu dalam kalangan lelaki di negara ini antara faktor masalah mati pucuk (ED) sukar dirawat.

Pakar perubatan estetik yang juga pengasas Idealyst, Dr. Aidil Azry Mokhtar berkata, ia sekali gus menjadi punca utama kes penceraian sejak kebelakangan ini.

Katanya, rata-rata penghidap penyakit berkenaan dilihat lebih cenderung menggunakan platform media sosial bagi membincangkan dan berkongsi masalah berkenaan selain menggunakan rawatan alternatif.

“Kebanyakan ada yang datang apabila sudah berada dalam fasa perceraian, tekanan dan berdepan dengan masalah perhubungan akibat ED yang berterusan serta tidak dirawat disebabkan adanya perasaan malu.

“Sepatutnya tidak perlu segan kerana apabila kita berkongsi, ia memberikan peluang kepada mereka yang mempunyai masalah untuk diperbaiki,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dr. Aidil Azry berkata, terdapat beberapa kaedah rawatan termasuk P-Shot untuk memperbaiki saluran darah yang tersumbat dan mengembalikan fungsi alat kelamin.

“Rawatan P-Shot merupakan ekstrak plasma darah yang dipanggil PRP untuk memperbaiki  saluran darah dan tisu yang rosak pada kawasan zakar bermula sekitar 2008.

“Secara perlahan-lahan saluran darah akan kembali pulih dan alat kelamin akan mula berfungsi dalam 50 peratus. Jika berterusan dapatkan rawatan P-Shot, insya-Allah ia akan kembali pulih 100 peratus,” jelasnya.

Tambah beliau, terdapat rawatan terbaharu yang dikenali sebagai Exosome iaitu penggunaan protein daripada stem sel dengan mempunyai  kekuatan jauh lebih tinggi daripada teknologi PRP.

“Terdapat dua jenis Exosome iaitu daripada sumber tempatan dan Jepun. Ternyata dari Jepun kesannya lebih berkualiti dan agak mahal. Untuk rawatan, kami saran melakukan tiga pusingan bagi mendapatkan keputusan terbaik,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya