MAMPU di bawah Kementerian Digital

MAMPU di bawah Kementerian Digital

kementerian digital
GOBIND Singh Deo ketika hadir lawatan ke pejabat MAMPU di Kompleks Setia Perdana, Putrajaya. - GAMBAR JPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Digital, Gobind Singh Deo mengesahkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan ditempatkan di bawah kementeriannya.

Gobind memaklumkan perkara itu selepas mengadakan lawatan ke pejabat MAMPU di Kompleks Setia Perdana, di sini, pagi tadi.

Sebelum ini, MAMPU diletakan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“MAMPU pastinya akan diletakkan di bawah kementerian saya,” katanya.

Gobind berkata, masih terlalu awal untuk beliau jelaskan skop kerja di bawah Kementerian Digital dan ia sedang diperhalusi.

“Kementerian ini masih baharu, malah bidang yang ditugaskan dan agensi mana yang berada di bawah kita perlu diperhalusi,” katanya.

Katanya, beliau akan mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat bagi memberi gambaran sebenar kepada umum mengenai peranan kementerian yang diterajuinya itu.

Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penstrukturan semula Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yang dipecahkan kepada dua kementerian iaitu Kementerian Komunikasi yang diterajui Fahmi Fadzil dan Kementerian Digital.

Semalam, Fahmi dilaporkan berkata, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MYNIC dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) diletakkan di bawah Kementerian Digital.

Bagaimanapun, katanya, kedudukan Digital Nasional Bhd (DNB) belum diputuskan dan masih dibincangkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN