‘Rakyat tidak mahu kita politik sepanjang masa’

‘Rakyat tidak mahu kita politik sepanjang masa’

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembangkang diingatkan supaya tidak terlalu yakin dengan kedudukan politik masing-masing, sebaliknya memberi ruang kepada kerajaan menjalankan amanah berdasarkan mandat yang diberikan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat ketika ini mahukan kestabilan politik selain tumpuan diberikan kepada usaha memperkukuh ekonomi negara.

Menurut Anwar, persaingan politik hanya wajar berlaku apabila tiba masa pilihan raya, bukannya sepanjang masa sehingga menjejaskan tumpuan terhadap pentadbiran negara.

“Tentang mendengar suara rakyat, kita dengar suara rakyat. Saya percaya rakyat juga mahu kestabilan. Rakyat juga mahu ekonomi berkembang.

“Rakyat pun mahu jangan kita hanya berpolitik sepanjang masa. Jadi beri dia masa, kita ada mandat, sampai pilihan raya kita bertempur pula.

“Saya tidak ada masalah itu. Cuma jangan masing-masing terlalu yakin. Saya pun tidak mahu terlalu yakin dan saya anggap Hulu Terengganu pun jangan terlalu yakin,” katanya ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang mengembalikan mandat kepada rakyat menerusi pembubaran Parlimen bagi memastikan kestabilan politik dan ekonomi negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN