Lelaki warga emas maut ditikam 27 kali - Utusan Malaysia

Lelaki warga emas maut ditikam 27 kali

SEORANG lelaki warga emas maut selepas ditikam 27 kali di tempat letak kereta di sebuah apartment di Jalan Perak , George Town, Pulau Pinang, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga emas berusia 60-an maut selepas ditikam 27 kali dengan pisau di tempat letak kereta sebuah apartment di Jalan Perak, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.18 petang tadi itu, mangsa dipercayai ditikam di bahagian leher dan seluruh badan oleh seorang suspek dengan sebilah pisau pendek manakala seorang lagi suspek menunggu rakannya di atas motosikal.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut , Superintenden V. Saravanan berkata, mangsa yang merupakan peniaga makanan di Jalan Perak disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP).

”Mangsa dibawa ke hospital dengan ambulans, namun disahkan meninggal dunia di HPP ketika diberi rawatan.

”Terdapat 27 tikaman di leher dan seluruh badan mangsa, motif kejadian masih disiasat, tetapi berdasarkan maklumat awal mangsa bukan disamun, tetapi dibunuh.

“Ini kerana, wang dan beberapa barangan milik peribadi mangsa masih berada pada badannya. Mangsa mempunyai beberapa rekod lampau dan tinggal di apartment tersebut,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Menurutnya, polis sedang memburu dua suspek berkenaan setelah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lif dan bawah pondok pengawal apartment berkenaan.

“Semasa kejadian rakan suspek yang menunggang motosikal hanya berada di motosikal.

“Dia dipercayai bersiap sedia untuk melarikan diri jika terdapat pihak polis yang datang ketika rakannya menyerang mangsa,” katanya.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya