Lebih RM173 juta ‘hangus’ akibat jenayah dalam talian 

Lebih RM173 juta ‘hangus’ akibat jenayah dalam talian 

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih daripada RM173 juta jumlah kerugian yang dilaporkan berhubung jenayah dalam talian setakat 30 November lalu.

Jumlah keseluruhan iaitu RM173,339,234.73 manakala, 8,213 kertas siasatan oleh pelbagai pihak telah dibuka melibatkan pelbagai peruntukan antaranya termasuk 529 akaun yang dibekukan dengan nilai keseluruhan RM65,939,700.51.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan menggiatkan usaha untuk memerangi jenayah dalam talian melalui reformasi perundangan.

“Kerajaan juga akan menjalankan kajian menyeluruh termasuk kajian perbandingan dan konsultasi awam dibuat dalam tempoh tiga bulan mulai Januari 2024 dengan kerjasama ahli akademik universiti tempatan.

“Ini bertujuan supaya satu keputusan dasar jelas dibuat berhubung pindaan kepada perundangan sedia ada dan penggubalan undang-undang baharu mengenai prosedur dan kuasa bagi menangani aktiviti jenayah dalam talian,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Azalina berkata, satu mesyuarat dipengerusikannya telah diadakan bersama Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Jabatan Peguam Negara (AGC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Mesyuarat ini bertujuan meneliti cabaran dan undang-undang sedia ada di bawah pelbagai kementerian dan/atau agensi yang berhubungan dengan ancaman jenayah dalam talian dan mengenal pasti langkah perundangan yang komprehensif,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN