Lapor jika ada peniaga letak syarat beli gula - Utusan Malaysia

Lapor jika ada peniaga letak syarat beli gula

S. JEGAN (tengah) memeriksa pek minyak masak yang dijual di pasar raya sewaktu pemantauan di Seberang Jaya, Pulau Pinang, hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEBERANG PERAI: Pengguna di negeri disarankan untuk segera membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang mengenakan sebarang syarat bagi pembelian gula.

Pengarah Peiabat Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, S. Jegan berkata, peniaga tidak dibenarkan meletakkan syarat pembelian satu kilogram gula putih jernih (premium) terlebih dahulu, jika mahu membeli gula pasir kasar.

Tegas beliau, syarat sedemikian merupakan satu kesalahan dan tindakan boleh diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana mengenakan syarat tanpa kebenaran pengawal bekalan.

“Memang salah kalau ada peniaga yang buat syarat begitu dan pengguna boleh buat laporan supaya kami dapat ambil tindakan bersesuaian.

“Setakat ini tidak ada laporan diterima dan pasukan penguat kuasa sentiasa melakukan pemantauan supaya peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan sekali gus memastikan bekalan gula mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMPP) Krismas di Seberang Jaya, di sini hari ini.

Sebanyak sembilan barangan telah diwartakan bagi pelaksaan SHMPP yang berkuat kuasa hari ini sehingga 27 Disember ini.

Sementara itu, Jegan berkata, sejak Januari hingga 19 Disember lalu, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas 46,079 premis di seluruh negeri ini dengan sebanyak 777 kes pelbagai kesalahan diambil tindakan membabitkan jumlah sitaan RM3,381,699.39.

Tambahnya, kompaun keseluruhan setakat ini berjumlah RM633,300.06 manakala jumlah denda sebanyak RM24,000.

“Dalam tempoh sama, sebanyak 2,264 aduan telah diterima dan 861 daripadanya membabitkan harga barangan dan perkhidmatan, 156 berhubung bekalan barangan kawalan dan selebihnya melibatkan aduan lain-lain.

“Selain itu, Program Jualan Rahmah telah diadakan sebanyak 470 kali di 13 kawasan Parlimen dan 40 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri.

“Jumlah pengunjung yang dicatatkan setakat ini adalah seramai 483,359 manakala jualan telah mencecah sebanyak RM16,599,756,01,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya