PETALING JAYA: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menempatkan 808 petugas JSPT di kawasan hotspot dan blackspot yang dijangka berlaku kesesakan dan kemalangan bagi memastikan aliran trafik terkawal sempena sambutan Hari Krismas. Daripada jumlah itu, sebanyak 77 pertugas terdiri daripada pegawai manakala 731 anggota polis. Pengarah JSPT, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri ketika dihubungi Mingguan Malaysia berkata, tindakan itu selepas pihaknya menjangkakan berlaku pertambahan aliran kenderaan dan kesesakan di Lebuhraya…










