KPDN rampas 6.5 juta liter diesel subsidi, bernilai RM13.69

KPDN rampas 6.5 juta liter diesel subsidi, bernilai RM13.69

FUZIAH Salleh meletakkan tanda harga sempena Karnival Rahmah Kasih Sayang Bangsa Johor di perkarangan Stadium Pasir Gudang disini. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 6.5 juta liter diesel bersubsidi bernilai RM13.69 juta yang cuba diseludup sindiket sejak 1 Mac sehingga hari ini.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, sebanyak 769 kes direkodkan dalam Ops Tiris yang dijalankan pihaknya di seluruh negara.

“Dalam tempoh itu juga, KPDN merampas harta benda digunakan sindiket khususnya kenderaan termasuk lori pikap yang diubah suai bernilai RM75.21 juta.

“Pelbagai modus operandi digunakan sindiket berjaya dikesan selain menggunakan kenderaan lori yang mana bahagian tangkinya diubah suai, ada yang menyimpan diesel di premis berlainan sebelum dipindahkan semula,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Karnival Rahmah Kasih Sayang Bangsa Johor di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo; Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd. Rahman serta Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Fuziah turut memberitahu, selain Ops Tiris, kementerian itu turut menjalankan beberapa operasi termasuklah Ops Samar dan Ops Bersepadu bagi memastikan bekalan di dalam negara sentiasa terkawal.

Sementara itu, mengulas berhubung isu bekalan gula di negara ini, Fuziah memberi jaminan bahawa bekalan barangan itu mencukupi, termasuklah menjelang perayaan Krismas tidak lama lagi.

“Kerajaan mengeluarkan arahan kepada dua pengeluar gula di Malaysia iaitu Central Sugar Refinery Sdn. Bhd. (CSR) serta MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) yang mana pengeluaran bekalan ditetapkan kepada keseluruhan 42,000 metrik tan sebulan menerima Ops Manis.

“Purata penggunaan gula bagi setiap isi rumah di Malaysia adalah 2.6 kilogram sebulan, jadi, kita yakin tiada masalah bekalan gula di negara ketika ini, mungkin beberapa bulan lalu ada sedikit masalah tetapi selesai.

“Namun jika ada, pengguna diminta untuk terus membuat aduan kepada KPDN dan kita akan selesaikan isu berkenaan dalam tempoh dua atau tiga hari,” jelasnya.

Berhubung karnival berkenaan, Fuziah memberitahu KPDN Johor mengadakan 670 program Jualan Rahmah di kesemua 26 Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri Johor dengan nilai jualan melebihi RM21 juta.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya