Keluarga Maznah lali dilanda banjir

Keluarga Maznah sudah lali dilanda banjir

MAZNAH Mat Yasin dan suami, Mansor Ali mengalihkan barangan di tempat lebih tinggi dalam rumah mereka untuk persediaan awal hadapi banjir di Kampung Kemat, Hulu Terengganu, semalam. – UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sepasang suami isteri di Kampung Kemat dekat sini sudah lali dengan banjir apabila terpaksa menghadapi bencana itu lima ke enam kali setiap kali musim tengkujuh.

Maznah Mat Yasin, 54, berkata, kedudukan rumah di kawasan rendah menyebabkan kediamannya mudah dinaiki air walaupun hujan lebat berterusan selama dua atau tiga jam susulan limpahan air dari Sungai Por, di sini.

Menurutnya, dia sekeluarga terpaksa mengalihkan barangan dalam rumah ke tempat lebih tinggi untuk mengelakkan kerugian sekiranya rumah dinaiki air.

“Selama 30 tahun tinggal di sini, saban tahun kami lalui situasi sama. Saya dan suami, Mansor Ali, 56, biasanya lakukan persiapan awal apabila tibanya musim tengkujuh.

“Memandangkan hampir keseluruhan peralatan dan barangan sudah dialihkan termasuk mesin basuh, saya terpaksa membasuh secara manual sehinggalah selepas berakhirnya musim tengkujuh.

“Rumah saya antara pa­ling awal terkesan sekiranya banjir di kampung ini. Kami berpindah dua hingga tiga kali ke pusat pemindahan sementara, sekiranya paras air tidak begitu dalam berteduh di rumah sahaja,” katanya ketika ditemui di Kampung Kemat di sini, semalam.

Tambahnya, faktor kese­lamatan tetap diutamakan walaupun sudah lali dengan kejadian banjir saban tahun dan dia sekeluarga tidak dapat tidur lena kerana bimbang keselamatan sekiranya hujan lebat. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN