PETALING JAYA: Datuk Seri Azalina Othman Said merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana terus menaruh keyakinan untuk mengekalkannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).
Ahli Parlimen Pengerang itu juga merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri. Dr. Ahmad Zahid Hamidi di atas kepercayaan agar terus bersama-sama mengusahakan reformasi undang-undang dan institusi.
“Penghargaan kepada YAB PM @anwaribrahim dan YAB TPM1 @DrZahidHamidi merangkap Presiden UMNO atas kepercayaan dan keyakinan terhadap saya untuk terus bersama-sama mengusahakan reformasi undang-undang dan institusi,” katanya dalam akaun X beliau hari ini.
Rombakan yang diumumkan Anwar menyaksikan Azalina kekal sebagai Menteri di di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).
Bagaimanapun, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri digantikan M. Kulasegaran yang sebelum disandang Ramkarpal Singh. -UTUSAN










