Kedai jual arak, seratus peratus gaji mereka dapat akan jadi haram - Isa Khan - Utusan Malaysia

Kedai jual arak, seratus peratus gaji mereka dapat akan jadi haram – Isa Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Isa Khan meluahkan rasa sedih apabila melihat segelintir pekerja beragama Islam yang bekerja sebagai juruwang atau pembantu kedai di premis serbaneka yang turut menjual minuman beralkohol.

Isa atau Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 33, berkata, golongan pekerja tersebut berkemungkinan sama ada tidak sedar atau sengaja tidak mengambil tahu bahawa sumber pendapatan yang diperoleh setiap bulan daripada premis berkenaan boleh bertukar menjadi haram.

“Saya berasa sedih apabila pergi ke premis 7-Eleven atau KK Mart dan melihat anak muda Islam kita bekerja sebagai juruwang atau pembantu kedai.

“Saya tidak pasti sama ada mereka memang tidak tahu atau sudah tahu tetapi tidak ambil peduli bahawa duit gaji mereka sudah menjadi haram.

“Sebab kedai-kedai ini ada menjual arak. Secara tidak langsung, mereka yang bekerja di situ dan membantu mengimbas arak apabila orang membeli atau menguruskan stok, mereka sudah terlibat sama dalam penjualan arak tersebut,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Risteena Munim itu meminta orang ramai agar memainkan peranan untuk menegur serta menasihati rakan-rakan atau kenalan terdekat yang sedang berkhidmat di premis-premis serbaneka tersebut untuk segera meletak jawatan.

“Pendapatan sebanyak 100 peratus gaji yang mereka dapat setiap bulan itu sudah menjadi haram. Nauzubillahiminzalik.

“Minta semua beri nasihat sekiranya ada kawan atau kenalan yang bekerja di tempat seumpama ini. Suruh mereka berhenti sahaja kerana banyak lagi pekerjaan lain yang boleh dilakukan yang halal serta lebih berkat.

“Bukan gaji besar pun kerja tempat macam itu. Gaji tidak besar, haram pula itu,” katanya.

Untuk rekod, Isa khan merupakan pelakon yang pernah membintangi drama Bimbi dan Bonni Misi 007 dan Rahasi Kasih pada tahun 2018.

Isa Khan juga merupakan suami kepada pelakon, Nur Risteena Munim dan pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 12 Mac 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN