SEREMBAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa melibatkan dadah jenis Fentanyl seberat 807.9 kilogram (kg) yang boleh disalah gunakan orang penagih dadah daripada menjadi ‘zombi’.
Kejayaan rampasan tersebut 9 Disember lalu melibatkan rampasan dadah jenis Fentanyl seberat 807.9 kilogram (kg) dengan nilai anggaran RM44.4 juta.
Kejayaan JKDM amat penting kerana membanteras daripada disalahgunakan oleh lebih kurang empat juta orang penagih dadah daripada menjadi ‘zombi’.
Rampasan dadah berbahaya jenis Fentanyl itu merupakan kes pertama dirampas JKDM hasil pemeriksaan yang dijalankan di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.30 pagi itu.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, serbuan yang dijalankan Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM itu telah menyita 36 kotak di Kompleks Kargo Udara KLIA, Sepang, Selangor.
“Hasil pemeriksaan lanjut, menemukan 72 botol aluminium yang mengandungi bahan cecair disyaki dadah berbahaya jenis Fentanyl dengan berat kasar 807.9 kg dan nilai anggaran rampasan adalah RM44.4 juta,” katanya
“Tindakan itu bagi mengaburi pihak berkuasa sedangkan di dalamnya terdapat botol aluminium berisi bahan cecair seberat 10 kg yang disyaki mengandungi dadah berbahaya jenis Fentanyl.
“Siasatan awal mendapati dagangan tersebut dihantar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India dan transit di Kompleks Kargo KLIA seterusnya dihantar ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggunakan laluan udara.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati dadah jenis Fentanyl sangat berbahaya kerana ia 100 kali kuat daripada morfin dan 20 hingga 40 kali lebih kuat daripada heroin, “ujarnya. –UTUSAN










