Jemputan menyanyi di kenduri kahwin juga satu rezeki - Mamat Exists - Utusan Malaysia

Jemputan menyanyi di kenduri kahwin juga satu rezeki – Mamat Exists

KUALA LUMPUR, 18 NOVEMBER 2022 - Aksi persembahan nyanyian kumpulan Exists yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID / PEMBERITA - HIBURAN ( UTUSAN / KOSMO ) MAMAT Pasya Mentor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Mamat Exists tidak pernah merasakan jemputan menyanyi di majlis kenduri kahwin akan menjatuhkan imej seseorang penyanyi apatah lagi itu adalah saha satu sumber rezekinya.

Jelas Mamat atau Mohd Ali Kamarudin, dia tidak mahu terlalu berkira untuk menghiburkan peminat terutama menolak permintaan dalam kalangan sahabatnya sendiri asalkan bayaran yang diterima setimpal dan berbaloi.

“Konsep mudah sahaja, soal bayaran semua boleh bincang tapi tidaklah sampai bayaran tidak berpatutan langsung. Biarlah berbaloi dan setimpal dengan kerja. Cuma antara terima atau tidak saja.

“Tetapi saya sebenarnya susah nak menolak undangan nyanyian kerana kebanyakannya daripada kawan-kawan saya kenal. Saya juga faham mereka pun ada bajet tertentu.

“Jadi saya lebih senang untuk penuhi saja undang menyanyi di majlis perkahwinan termasuk di dewan sebab enggan berkira sangat. Semua itu rezeki,” katanya.

Mamat berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan Konsert Exists X Orkestra yang bakal berlangsung 22 Disember depan di Mega Stars Arena.

Bercakap tentang kekerapan undangan persembahan, biarpun tidak semeriah dahulu, namun penyanyi berusia 45 tahun itu tetap bersyukur apabila tawaran hadir tidak putus.

“Kadang-kadang sebulan ada dapat tiga atau empat persembahan. Ada ketika, satu tawaran sahaja. Tetapi saya okey sebab memang beginilah realiti sebagai penyanyi.

“Sebab itu saya enggan memilih dan kadang-kadang tetap menerima tawaran lain seperti menyanyi pada acara yang kecil yang bayarannya sekitar RM1,000 untuk dua lagu.

“Janji ada bayaran kan? Lagipun saya terima sebab kawan-kawan, tidak merugikan. Masih ada bayaran dan mereka hargai kesanggupan kita,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya