Ibnor Riza ditidurkan, dipantau rapi doktor

Ibnor Riza ditidurkan, dipantau rapi doktor

ibnor riza
Ibnor Riza
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Ibnor Riza dilaporkan masih belum sedarkan diri dan sedang ditidurkan selepas menjalani pembedahan di bahagian kepala pada malam Sabtu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Isterinya, Sarimah Sulaiman berkata, Ibnor mengalami demam berlarutan sehingga menyebabkan jangkitan pada otak selepas menjalani menjalani kemoterapi ais setelah hampir sebulan dimasukkan ke hospital.

“Alhamdulillah, pembedahan sudah selesai malam tadi. Tetapi dia masih belum sedar dan sedang ditidurkan di bawah pemantauan rapi doktor.

“Ibnor dimasukkan ke wad sejak 7 November bagi menjalani kemoterapi ais. Tetapi selepas rawatan itu, dia demam tak surut-surut. Dia ada mengadu sakit kepala.

“Doktor memaklumkan limfoma itu sudah sampai ke otak. Selepas melakukan CT scan, Ibnor perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan air di kepala,” kongsi Sarimah.

Dalam pada itu, Sarimah dalam nada sedih juga mengharapkan doa orang ramai agar penyanyi Mimpi Yang Tak Sudah itu diberi kesembuhan dan terus kuat menempuh ujian ini.

“Sejujurnya, saya sedih melihat keadaan suami macam ini sekarang. Saya hanya minta doa orang ramai supaya suami diberi kesembuhan dengan segera.

“Buat masa ini, doktor tidak membenarkan suami menerima kunjungan pelawat, termasuk ahli keluarga sendiri kerana sedang pemantauan sepenuhnya oleh doktor,” ujarnya.

Pada 19 Februari lalu, Ibnor tiba-tiba diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain yang teruk.

Penyanyi itu dimaklumkan menghidap kanser selepas melakukan pemeriksaan doktor susulan mengalami bengkak pada lehernya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.