Balu Allahyarham Ibnor Riza kembali ke dunia seni

Balu Allahyarham Ibnor Riza kembali ke dunia seni

SARIMAH Sulaiman atau Seri Sarimah pernah menyertai Kilauan Emas musim ketiga tetapi tersingkir awal. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Balu penyanyi era 80-an, Allahyarham Ibnor Riza iaitu Sarimah Sulaiman atau lebih dikenali Seri Sarimah berhasrat kembali aktif dalam dunia seni, demi meneruskan jejak langkah suaminya.

Sarimah berkata, hanya bidang nyanyian dilihat boleh menjadi sumber rezekinya bagi menyara anak lelaki berusia 15 tahun, hasil perkongsian hidupnya dengan arwah.

Katanya, sejak Ibnor Riza meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 17 Disember 2023, dia hilang tempat bergantung.

“Kini saya perlu mencari rezeki untuk membesarkan anak tunggal hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham. Saya sudah kembali aktif menyanyi dan sedia menerima sebarang tawaran membuat persembahan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sarimah berkata, sebelum bernikah dengan Allahyarham pada 2009, dia menyanyi dengan beberapa buah kumpulan kugiran di tempat lahirnya di Johor Bahru, Johor.

Katanya, dia pernah melahirkan lima album termasuk sebuah lagu berjudul ‘Joget Tari Santunan’ berduet dengan Rizal Ahmad, ciptaan Ibnor Riza manakala lirik ditulis Allahyarham Sheqal.

“Setelah berkahwin saya mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi dan memberi tumpuan kepada rumah tangga. Walaupun arwah pernah memujuk saya untuk kembali aktif menyanyi, saya menolaknya walaupun saya pernah melahirkan lima album. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN