Gerak hati temukan tubuh Zayn Rayyan di anak sungai

Gerak hati temukan tubuh Zayn Rayyan di anak sungai

FAIZOL NAJIB ABDUL NAIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Gerak hati seorang penduduk Apartment Idaman di sini untuk mencari di kawasan hujung anak sungai telah menemukan tubuh Zayn Rayyan Abdul Mattin, 6, dalam keadaan terbaring secara mengiring.

Faizol Najib Abdul Naim, 45, berkata, dia bersama empat lagi penduduk setempat bersama pasukan polis sepatutnya melakukan pencarian rumah ke rumah.

“Bagaimanapun, saya tergerak hati untuk mencari di kawasan hujung anak sungai di belakang apartment walaupun semalam Unit Anjing Pengesan (K9) sudah melakukan pencarian di kawasan ini.

“Keadaan kawasan sekitar amat gelap, ketika saya suluh di sungai saya melihat sekujur tubuh dalam keadaan mengiring,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Faizal Najib, dia bersama empat lagi penduduk memeriksa keadaan kanak-kanak terbabit.

“Sayu hati saya apabila disahkan kanak-kanak yang ditemukan itu adalah Zayn Rayyan, saya lihat lengkap berpakaian dengan lencana sekolah seperti ditularkan.

“Saya terus menghubungi rakan-rakan lain dan memaklumkan kepada polis yang sedang melakukan pencarian rumah ke rumah,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan penemuan kanak-kanak berkenaan susulan Op Tutup rumah ke rumah dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang bermula pukul 9 malam tadi.

Kanak-kanak berkenaan ditemukan kira-kira 100 meter dari kediamannya.

Zayn Rayyan dilapor hilang sejak 12.30 tengah hari  pada Selasa lalu ketika sedang bermain di taman permainan berhampiran Apartment Indah, Damansara Damai di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya