Forensik ambil sampel di kediaman Zayn Rayyan

Forensik ambil sampel di kediaman Zayn Rayyan

POLIS membawa empat beg kertas dipercayai mengandungi sampel dari kediaman Zayn Rayyan di Apartment Idaman, Damansara Damai, hari ini. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sepasukan polis forensik dilihat memasuki kediaman kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, bagi mengambil sampel berkaitan.

Difahamkan beberapa anggota dari unit forensik dari Kontinjen Polis Selangor dilihat membawa kotak memasuki blok kediaman Zayn Rayyan di tingkat dua bagi proses tersebut pada pukul 4.15 petang.

Turut kelihatan kedua ibu bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, 28, tiba di apartment terbabit dengan menaiki kereta Perodua Myvi.

Bagaimanapun, kesemua mereka dilihat membawa keluar empat beg kertas dari kediaman tersebut kira-kira 45 minit manakala kedua ibu bapa Zayn Rayyan meninggalkan apartment terbabit beberapa minit kemudian pada 4.50 petang.

Terdahulu, polis melakukan pemeriksaan tehadap sebuah stor penyimpanan terletak kira-kira 50 meter dari Blok R, Apartment Idaman di Damansara Damai di sini.

Tinjauan wartawan di lokasi kejadian mendapati dua anjing pengesan (K9) dan Unit Forensik dilihat berada di stor berkenaan kira-kira empat jam.

Dua anjing pengesan dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA dikenali Gucci dan Ricks dibawa memasuki stor yang menyimpan motosikal, kerusi plastik dan barangan khemah.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN