Fahmi jumpa Meta isu godam WhatsApp

Fahmi jumpa Meta isu godam WhatsApp

FADILLAH Yusof bersama Fahmi Fadzil merasmikan Majlis Penutupan Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan pertemuan bersama syarikat penyedia perkhidmatan aplikasi WhatsApp, Meta pada minggu depan.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pertemuan itu bagi menyatakan kebimbangan pengguna aplikasi itu berhubung tahap keselamatan siber platform berkenaan.

“Ini satu trend membimbangkan kerana sebelum ini aplikasi telegram berlaku, tetapi sekarang merebak ke WhatsApp pula.

“Saya secara peribadi menerima aduan daripada beberapa individu tentang akaun WhatsApp mereka dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Cybersecurity juga mengeluarkan satu amaran tentang bahaya WhatsApp akaun yang diambil alih oleh penjenayah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya di sini hari ini.

Terdahulu, CyberSecurity Malaysia mengeluarkan amaran berhubung aktiviti penyamaran melalui akaun WhatsApp dengan menipu mangsa untuk memindahkan wang.

CyberSecurity Malaysia dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan terdapat aktiviti penipuan menggunakan aplikasi itu dengan pelaku menyamar sebagai individu dikenali mangsa sebelum menghantar satu pautan dan meminta mangsa untuk klik pada pautan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya