Exco, Ketua Pembangkang bertikam lidah isu penganjuran konsert hiburan - Utusan Malaysia

Exco, Ketua Pembangkang bertikam lidah isu penganjuran konsert hiburan

LOH Sze Yee (kiri) dan Razman Zakaria bertikam lidah mengenai penganjuran konsert hiburan pada Persidangan DUN Perak. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang Exco kerajaan negeri dan Ketua Pembangkang bertikam lidah dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berkenaan penganjuran konsert hiburan di negeri ini

Perbalahan berlaku antara Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee dengan Ketua Pembangkang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol daripada Pas, Razman Zakaria.

Ketika Sze Yee berkata tentang usaha penganjuran konsert hiburan di negeri ini mengikut syarat-syarat ditetapkan, Razman mohon mencelah untuk menuntut penjelasan berkenaan perkara tersebut.

Namun, kata-kata Ketua Pembangkang itu mengundang rasa kurang senang kepada Exco tersebut dan tidak membenarkan Razman meneruskan celahannya, sehingga menyebabkan sidang dewan menjadi kecoh.

Sze Yee kemudian menjelaskan semula ucapannya seperti setiap penganjuran konsert hiburan akan mematuhi syarat yang ditetapkan selain perkataan ‘pemikiran sempit’ itu tidak dituju atau merujuk kepada sesiapa.

“Inilah perangai Ketua Pembangkang, tidak dengar jawapan. Kita cakap cuma dibenarkan kalau ikut syarat yang ditetapkan negeri. Kalau hendak main politik saya tidak mahu jawab,” kata Exco itu.

Razman kemudian dalam sidang akhbar yang diadakan, beliau kesal kerana tidak diberi peluang untuk berdiri menuntut penjelasan berkaitan penganjuran konsert hiburan di Perak

“Saya juga berdiri untuk bertanyakan mengenai dengan apakah impak sosial diatas penganjuran konsert hiburan tersebut selain menyumbang kepada sektor ekonomi di negeri Perak?

“Apakah Perak akan mempopularkan produk seperti konsert hiburan untuk menarik pelancong ke Perak. Apakah usaha mengimbangkan diantara keruntuhan moral remaja dgn penganjuran hiburan yg melampau?,” menurut kenyataan yang diedarkan dalam sidang akhbar beliau.

Ujarnya Islam tidak menghalang dan menolak hiburan secara mutlak namun mestilah mengikut kepada garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berwajib. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya