eMadani: Rayuan boleh dibuat dalam masa terdekat

eMadani: Rayuan boleh dibuat dalam masa terdekat

AHMAD Maslan menunjukkan tapak cadangan Kolej Komuniti bagi Parlimen Pontian di Kampung Parit Abdul Rahman, di Benut, di Pontian, hari ini.-UTUSAN / MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kementerian Kewangan sedang mempertimbangkan rayuan kepada mereka yang layak memohon eMadani tetapi ditolak permohonannya ketika ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pengumuman mengenai rayuan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya rayuan eMadani juga akan mengutamakan kelompok penerima yang layak Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Tujuan eMadani ialah untuk memperkembangkan kaedah e-dompet bagi ekonomi digital diamalkan,  selain membantu rakyat, ia juga membantu perusahaan mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta ekonomi setempat.

“Kementerian Kewangan bermesyuarat Rabu lalu berhubung eMadani yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dihadiri saya dan Pengarah Belanjawan Negara, Datuk Johan Mahmood Merican.

“Kita akan buat pengumuman seterusnya mengenai rayuan ini dalam sedikit masa lagi,” katanya dalam sidang media selepas melawat tapak cadangan kolej komuniti bagi Parlimen Pontian di Kampung Parit Abdul Rahman, Benut di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menambah, kementeriannya mendengar keluhan sebahagian rakyat yang mendakwa eMadani sukar dipohon.

“Perbandingan data juga akan dilakukan antara jumlah penerima STR dan eMadani bagi memperbaiki kelompangan permohonan tersebut,” ujarnya.

Katanya, dalam senarai STR terdapat seramai 8.7 juta penerima,  ada penerima STR ini yang tidak dapat memohon eMadani,  mereka adalah kumpulan utama yang akan kita pertimbang rayuan.

Menurut beliau, ada diantara yang menerima eMadani ini tidak menerima STR. Bagaimanapun kita akan utamakan mereka yang dapat STR untuk turut sama menerima eMadani.

Jelas Ahmad lagi, sebenarnya eMadani amat mengujakan kerana tempoh eMadani ialah dua bulan tetapi dalam tempoh beberapa hari ramai rakyat memperolehnya.

Sebagai perkara baharu, ujarnya, ia menunjukkan bagaimana rakyat memerlukan dan ramai yang sudah memiliki empat aplikasi tersebut. 

Permohonan menerusi aplikasi Touch’ n Go adalah paling tinggi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya