Ekonomi tumpuan kerajaan, kebimbangan terhadap ekstremisme

Ekonomi tumpuan kerajaan, kebimbangan terhadap ekstremisme – Anwar

ANWAR Ibrahim berucap dalam pertemuan bersama ketua pengarang dan pengarang-pengarang kanan media cetak, elektonik dan digital di Putrajaya semalam. – PEJABAT PERDANA MENTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan menumpukan kepada pertumbuhan ekonomi yang meluas tahun hadapan tetapi memberi amaran mengenai peningkatan fanatisme dan ektremisme golongan majoriti yang mampu menggugat kestabilan negara.

Perdana Menteri berkata, negara berjaya meyakinkan pelabur luar berdasarkan jumlah komitmen pelaburan bernilai berbilion ringgit yang diraih ketika penemuan dengan ketua industri pelbagai negara.

Katanya, penjanaan dan pertumbuhan ekonomi dalam bidang yang dikenal pasti hanya akan berjaya dengan transformasi kepada semua aspek termasuk tata kelola, pendidikan menyeluruh, kerjasama industri dan TVET serta pemudah cara oleh kementerian berkaitan.

“Kita harus ada transformasi dalam semua bidang berkaitan untuk memajukan ekonomi. Kini Malaysia ada kestabilan politik. Kita hanya kini perlu memudahkan pelaburan,” katanya ketika sesi dialog bersama editor media cetak, elektronik dan digital di sini semalam.

Ekonomi Malaysia berkembang lebih pantas dalam suku ketiga tahun ini dengan 3.3 peratus selepas pertumbuhan melega kepada pada 2.9 peratus pada suku kedua tahun ini, disebabkan ekonomi global semakin lembab, sekali gus menjejaskan eksport negara.

Bank Negara Malaysia menjangkakan ekonomi negara akan tumbuh pada kadar empat peratus tahun ini dan empat hingga lima peratus tahun hadapan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, tumpuan sekarang adalah bagaimana untuk memudah cara dan memendekkan proses supaya Malaysia tidak kehilangan pelaburan kepada negara lain termasuk di rantau ASEAN.

“Jika ada yang boleh diluluskan, kita harus luluskan dalam sehari,” katanya.

Beliau berkata, ketika pertumbuhan ekonomi menjadi agenda utama, kebangkitan fanatisme dan extremism berdasarkan politik kebencian dan berteraskan penduduk majoriti semakin menebal membimbangkan dirinya.

Anwar berkata, walaupun negara memartabatkan kebebasan bersuara termasuk kesediaan beliau untuk dikritik tetapi naratif keterlaluan membabitkan pengaruh DAP dalam negara, Islam dan Melayu diketepikan, selain lontaran kesat dan keterlaluan adalah tidak boleh diterima.

Beliau juga memberi contoh kecaman termasuk kerajaan kafir, DAP menguasai kerajaan, kerajaan ini menghina Islam, negara harus dikuasai penduduk majoriti dan tidak menghormati kaum minoriti.

Anwar berkata, parti politik yang berterusan memainkan naratif itu hanya melakukan pembohongan berterusan tetapi diterima golongan fanatik walaupun kerajaan berjaya menangkis semua dakwaan itu.

Sebagai contoh, katanya, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke adalah individu yang memberitahunya mengenai kapal syarikat perkapalan Zim Integrated Shipping Services Ltd berpangkalan di Israel yang akan berlabuh di Malaysia.

“Tetapi dia tidak mendapat pengiktirafan sepatutnya. fanatisme dan ekstremisme ini akan menjejaskan kesatuan (Malaysia). Malaysia tidak boleh berjaya dengan hanya satu kaum. Saya adalah perdana menteri untuk semua rakyat dan saya tidak akan mengubah prinsip itu,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×