DUN Perak: Lapor jika kesan tanah mendap - Utusan Malaysia

DUN Perak: Lapor jika kesan tanah mendap

MOHAMMAD Nizar Jamaluddin pada Persidangan DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Penduduk Lembah Kinta, di sini diminta segera membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan terjadinya tanah mendap di tempat masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, hal itu boleh mengelakkan kejadian tersebut menjadi lebih teruk.

Katanya, terdapat 86 tempat dalam senarai kawasan yang mengalami lubang benam dan tanah sejak 1971.

“Kawasan-kawasan yang sering menghadapi isu tanah mendap di daerah Kinta mengikut data kejadian lubang benam dan tanah mendap oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) merangkumi kawasan Manjoi, Lahat dan Kampar.

“Kesemua kawasan ini di dasari oleh batu kapur Kinta dan merupakan kawasan bekas lombong yang telah ditebus guna untuk pembangunan,” katanya semasa sesi soal Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini ketika menjawab soalan Wong Chai Yi (PH-Simpang Pulai).

Kata Mohammad Nizar, pemantauan secara berterusan dilakukan oleh jabatan dan agensi kerajaan untuk memastikan keselamatan awam.

Tambahnya mengikut rekod, kawasan Kampung Baru Ampang serta Chemor sering terjadi isu tanah mendap dan pemantauan dari masa ke semasa akan terus dilaksanakan.

Kata beliau, JMG akan memberikan khidmat nasihat teknikal berdasarkan laporan yang disediakan oleh pihak pemaju.

“Sebagai contoh, Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Daerah Kampar telah mensyaratkan kajian subsurface analysis ataupun kajian geofizik dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu skim perumahan itu dimajukan.

“Berdasarkan dapatan daripada kajian tersebut, langkah-langkah mitigasi yang bersesuaian dapat ditentukan bagi mengurangkan risiko pemendapan dan lubang benam yang mungkin berlaku selepas pembinaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya