DEWAN NEGARA: Pengawas peperiksaan bukan kalangan

DEWAN NEGARA: Pengawas peperiksaan bukan kalangan pendidik terikat dengan peraturan, SOP

LIM Hui Ying pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini. -GAMBAR JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengawas peperiksaan yang dilantik dalam kalangan bukan pendidik terikat kepada peraturan, prosedur operasi standard (SOP) dan akta bagi menjamin integriti pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam di Malaysia. 

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, pengawas peperiksaan juga akan dikawal selia oleh pengawas peperiksaan berpengalaman dalam kalangan guru sepanjang peperiksaan berlangsung. 

“Bagi menjamin integriti dan profesionalisme, mereka yang dilantik perlu menandatangani borang Akta Rahsia Rasmi 1972, borang perakuan bebas jenayah dan penyalahgunaan dadah serta borang perakuan kesihatan diri,” katanya pada sesi pertanyaan-pernyataan bagi jawapan lisan dalam sidang Dewan Negara hari ini. 

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Kesavadas A. Achyuthan Nair mengenai signifikan pengambilan pengawas peperiksaan dalam kalangan orang awam dan bagaimana mereka yang dilantik terjamin dari segi karakter, integriti dan profesionalisme.

Sebelum ini, KPM membuka permohonan buat pertama kali bagi pelantikan pengawas peperiksaan SPM kepada orang awam dan tawaran itu adalah untuk SPM 2023. 

Peperiksaan SPM bermula 5 Disember lalu hingga 7 Mac 2024. 

Sementara itu, Hui Ying menambah, seramai 137,000 orang diperlukan untuk melantik pengawas peperiksaan bagi peperiksaan SPM tahun ini manakala 20 peratus lantikan disasarkan daripada bukan kalangan guru atau warga pendidikan. 

“Bagi menjamin kredibiliti dan integriti peperiksaan, lantikan pengawas peperiksaan dalam kalangan orang awam tidak akan melibatkan jawatan Ketua Pengawas Peperiksaan dan Ketua Pengawas Ujian Amali, Timbalan Ketua Pengawas Peperiksaan, Penyelia Kawasan dan Timbalan Penyelia Kawasan. 

“Sebaliknya, ia kekal dipilih dalam kumpulan guru atau pegawai pendidikan yang masih berkhidmat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN